Friday 11 December 2009

Proses Penyembelihan Halal

Penyembelihan haiwan hendaklah dilakukan dengan mengambilkira kebajikan haiwan berdasarkan hukum Syarak.Syarat-syarat berikut juga hendaklah dipatuhi :

a) Penyembelihan hendaklah dilakukan hanya oleh seorang Islam yang waras, baligh dan mengamalkan ajaran Islam, mempunyai pemahaman dan pengetahuan mengenai peraturan dan syarat asas berkaitan penyembelihan haiwan dalam Islam



b) Penyembelih hendaklah mempunyai penyembelihan halal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bertauliah.

c) Penyembelih hendaklah dilakukan dengan niat kerana Allah dan bukan untuk tujuan selain daripada Allah. Penyembelih hendaklah menyedari perbuatannya.

d) Haiwan yang hendak disembelih hendaklah haiwan yang halal.

e) Haiwan yang hendak disembelih hendaklah bernyawa atau diyakini masih bernyawa ( Hayat al-mustaqirrah ) ketika penyembelihan dilakukan.

f) Haiwan yang hendak disembelih hendaklah sihat dan telah diluluskan oleh pihak berkuasa bertauliah yang berkenaan.

g) Tasmiah hendaklah dilafazkan sejurus sebelum penyembelihan dilakukan

h) Digalakan agar penyembelihan dilakukan dengan mengadap kiblat.

i) Aliran penyembelihan ( Slaughtering Lines ), alat dan kelengkapan penyembelihan hendaklah yang dikhaskan hanya untuk penyembelihan haiwan halal sahaja.

j) Pisau atau mata pisau yang digunakan hendaklah tajam dan bersih daripada darah dan kotoran lain.

k) Penyembelihan hendaklah dilakukan hanya sekali.Pergerkan pisau yang berulang-ulang semasa penyembelihan dibenarkan asalkan pisau yang digunakan bagi penyembelihan itu tidak diangkat semasa penyembelihan.

l) Tulang, kuku dan gigi tidak boleh digunakan sebagai alat sembelihan.

m) Pemyembelihan hendaklah dilakukan bermula dengan pemotongan pada bahagian leher di bawah biji halqum ( Adam's Apple ) dan selepas biji halqum bagi haiwan berleher panjang.

n) Penyembelihan hendaklah dilakukan dengan memutuskan saluran pernafasan ( Halqum ) dan saluran makanan ( Mari' )dan kedua-dua urat darah karotid dan jugular ( Wadajain ) bagi melancarkan pengaliran keluar darah dan mempercepatkan kematian haiwan .Pengaliran darah hendaklah terpancut secara spontan dan sempurna.

o) Seorang pemeriksa beragama islam yang mengamalkan ajaran Islam dan berlatih hendaklah dilantik dan di pertanggungjawabkan untuk memeriksa bagi memastikan haiwan disemebelih dengan sempurna mengikut hukum Syarak.

No comments: