Friday 3 February 2012

Logo Halal :ISU MENGENAI KESILAPAN EJAAN MALAYSIA PADA TULISAN JAWI PADA LOGO HALAL MALAYSIA


KENYATAAN MEDIA 
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
ISU MENGENAI KESILAPAN EJAAN MALAYSIA PADA TULISAN JAWI 
PADA LOGO HALAL MALAYSIA
Merujuk kepada kenyataan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1 
Februari 2012 berhubung isu mengenai kesilapan ejaan Malaysia pada 
tulisan jawi pada logo halal Malaysia.
JAKIM ingin menjelaskan kekeliruan tersebut dan ingin 

memaklumkan bahawa penggunaan perkataan ﻣﺎﻟﯾزﯾﺎ pada logo halal bukan 
merupakan ejaan jawi bagi perkataan Malaysia tetapi adalah nama 
Malaysia dalam bahasa Arab. JAKIM telah mendaftarkan logo halal 
sebagai  Certification Mark dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia di 
bawah Akta Cap Dagangan 1976. Logo halal Malaysia  ini telah lama 
digunakan dan didaftarkan pada tahun 2001 berdasarkan ciri-ciri berikut:


a) Bintang berbucu di tengah-tengah bulatan;
b) Perkataan Arab  “ ﺣﻼل “ di tengah bintang;
c) Diikuti tulisan rumi “HALAL”;d) Bulatan logo tertulis perkataan  “Malaysia” dalam tulisan rumi dan       
“ ﻣﺎﻟﯾزﯾﺎ “ dalam perkataan Arab;
e) Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan 
rumi dan perkataan arab tersebut.
Oleh itu, tidak timbul isu kesilapan ejaan kerana logo halal Malaysia 
menggunakan perkataan Arab dan bukanlah ejaan jawi sepertimana yang 
dinyatakan. 
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan dengan isu-isu 
halal semua pihak diminta untuk merujuk melalui web Jakim 
http://www.islam.gov.my ataupun laman web Bahagian Hab Halal 
http://www.halal.gov.my. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 
Bahagian Hab Halal, Jakim di talian 03–8315 0200.
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
1 Februari 2012